Pernah tak anda mengalami masalah windows yang anda guna tiba2 perlahan? nak buka satu2 program agak lambat nak keluar? Sebelum ni OK. Tapi lama2 jadi macam ni. Komputer jadi berat@ lambat pada dasarnya kerana pengguna kurang memahami penggunaan setting@ fungsi setiap program yang dipasang (install) Biasanya system computer yang telah lama di gunakan prestasinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Banyak faktor yang menyebabkan komputer lambat, misalnya suhu yang terlalu panas, terlalu banyak program yang aktif, dan lain-lain. Dengan mengetahui masalah-masalah yang terlibat, sehingga kita mampu mengesan dimana sumber penyebabnya dan baru diperbaiki. Berikut ini adalah penyelesaian dari beberapa penyebab komputer@ windows anda menjadi berat/lambat :
1. Cara penggunaan Komputer
ü Mematikan komputer dengan langkah yang betul.
ü Tidak memaksa komputer untuk menjalankan software atau aplikasi yang berat.
ü Defragment hardisk secara teratur.
ü Bersihkan file sampah (Tmp) secara teratur.
ü Instal antivirus terbaik dan juga ringan.
ü Bersihkan komponen-komponen hardware PC secara teratur.
ü letakan komputer ditempat yang baik (jauhkan dari tempat panas, lembab
dan berdebu).
2. Keperluan Software@ Perisian
Jangan install sistem operasi ataupun aplikasi yang memerlukan spesifikasi hardware lebih tinggi dari hardware komputer yang kita gunakan, Ini akan menyebabkan komputer tersebut akan berjalan lambat. Semakin banyak software yang di install, semakin berat komputer yang akan menyebabkan komputer menjadi lambat.
3. Terlalu banyak membuka program @ "Multi Tasking"
Penyebab inilah yang selalu terjadi iaitu membuka aplikasi atau software yang berlebihan. Cuba elakkan membuka lebih dari 2 atau 3 aplikasi dalam satu masa yang sama.
Temporary file pada desktop@ laptop juga merupakan salah satu punca komputer menjadi lembab.Sekiranya fail ini dibiarkan semakin banyak dan akan menghabiskan size storan HDD,dan membuat loading akan terasa lambat.
Untuk mengatasi masalah ini, kita harus rajin membersihkan File temporary dan lakukan defragment (lakukan 4 bulan sekali atau 6 bulan sekali) dan bersihkan juga pada regisrty atau Regedit, gunakan software utility seperti Tune Up,ATF dan lain-lain lagi.
5. Terlalu banyak instal Antivirus
Pada laptop, kita tidak disarankan untuk menginstal antivirus lebih dari dua. Apabila sudah lebih dari 2 biasanya akan terjadi ketidakstabilan. Antivirus akan bekerja secara serentak dengan fungsi yang sama sehingga sistem akan terganggu, Oleh itu sebaiknya gunakan satu anti virus saja.
6. Overheat (Processor panas)
Semoga tips yang disediakan dapat memberi manfaat bersama... akan diupdate sekiranya ada tips2 tambahan berkenaan tajuk diatas.