Membuat laptop shutdown sendiri automatik menggunakan CMD.
Kadang-kadang bila kita download movie atau fail yang besar daripada internet mesti nak kena tunggu kan?Takkan nak tunggu 24 jam depan komputer! Nak habis download punya lah lama.
Di sini aku ada tips mcm mane nk bagi komputer mati sendiri sepertimana mengikut waktu yang korang nak.
Sila ikut step dibawah;
1. START ---> RUN
2. Typekan shutdown -s -t 3600 -f
3. Enter.
Lepas je korang tekan enter, dialog box akan pop-up dan bagitau komputer akan logoff dalam masa 60 minit.
command kat atas terbahagi kepada 3 pecahan:
shutdown -s
Beritahu pada komputer untuk shutdown sendiri (secara default akan mati dalam 30saat)
-t 3600
Bermakna set komputer untuk shutdown dalam masa 60 minit, (tambahla kalu nak lagi lama)
-f
Force shutdown (paksa shutdown walaupun ada program yang masih running)
Kalau nak cancel auto shutdown type saje command shutdown -a
Sekian, selamat mencuba ek...