Cara baiki Folder yg terkena virus@shortcut

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

Mungkin ada diantara kita yang pernah terkena dengan satu virus yang telah menukarkan fail dan folder kepada shortcut dan korang tak boleh akses langsung file tersebut? Virus ini biasanya menyerang external media seperti pendrive dan external hard disk.
Pertama sekali kita perlu lakukan pemeriksaan saiz external media yang terkena virus ini.(contohnya pendrive) kita tersebut. Jika saiznya  masih sama seperti sebelum dijangkiti virus, ini bermakna fail asal kita masih ada dalam pendrive tersebut.Tapi macam mana nak dapat balik fail kita tu?



KEMAS KINI: Gambar disertakan

Terdapat dua cara bagaimana kita nak dapat balik fail yang telah disembunyikan.

Cara 1:
(Windows XP) Start > Control Panel > Folder Options > View > pilih "Show hidden files and folders" dan Uncheck/kosongkan ruangan "Hide protected operating system files (Recommended)". Tekan Apply. (Windows 7) Bagi Windows 7 pula ialah buka My Computer, tekan Organize dan pilih Folder and search options.



Tekan Organize dan klik Folder and search options


Klik Show hidden files, folders and drives dan kosongkan
ruang Hide protected operating system files (Recommended)

 

Mesej berikut akan dipaparkan dan klik Yes.
Seterusnya tekan Apply dan Ok

  • Seterusnya pergi ke pendrive ,dan sepatutnya nampak fail/folder yang asal termasuklah virus tu sekali (kalau kita belum delete virus lagi la).
  • Delete virus tersebut bersama dengan shortcut yang ada. Kemudian buatkan satu folder baru dan pindahkan data yang berada dalam hidden folder tersebut ke dalam folder yang baru kita buat tersebut.
  • Bila dah siap, delete hidden folder tersebut.
  • Buka Task Manager dan periksa sama ada masih terdapat lagi atau pun tidak virus tersebut di dalam sistem. Jika ada sila right click virus tersebut dan tekan "End Task".
  • Ambil perhatian nama virus tersebut dan buat satu search atas nama virus itu. Delete semua virus yang ada.
  • Apabila semua proses telah selesai, kembali ke Control Panel > Folder Options > View > pilih "Do Not show hidden files and folders" dan tick kembali ruangan "Hide protected operating system files (Recommended)". Tekan Apply.



Cara 2:
  • Pastikan dulu fail asal kita itu telah disembunyikan oleh virus. Jika pasti teruskan:
  • Start > Run > taip "attrib -h -r -s /s /d h:\*.*" tanpa " " dan tekan ENTER.




  • (PERHATIAN: sila ubah 'h' tu kepada drive anda. Tapi bukan yang '-h' tu, tapi yang belakang sekali. Kalau pendrive anda tu e, ubah kepada e).
  • Bila dah siap, periksa kembali pendrive anda, sepatutnya fail/folder yang disembunyikan itu kembali kepada asal.